tahun lepas sekitar June 2010 , kami terjah negeri Pahang dan Perak seramai 16 orang ( sekeluarga ni!) selama 3 hari 2 malam..
DESTINASI :
DAY 1 - CAMERON HIGHLAND
DAY 2 - TAMBON LOST WORLD (IPOH)
DAY 3 - CAMERON HIGHLAND

tengok peta , macam banyaknya tempat..mana nak pegi ? Berpandukan serba sedikit maklumat dan pengalaman family member yg pernah pergi , kami terjah je ..
Berhenti rehat di Hentian Tapah..kumpulan besar , jadi kami rancang perjalanan sebaiknya..bawa bekal, thermos air panas dan instant drinks ! sedapnya bekalan yang ditempah dari Mak Pah ni! ( beliau berjual sarapan kat Taman Maju Kajang )
..untuk saya , semestiny Nes 3 in 1 classic !!
Air Terjun Lata Iskandar ...aliran air dah makin kecil berbanding 25 tahun lepas...Air terjun yg wajib singgah jika lalu ikut tapah
penempatan org asli dan pemandangan indah sepanjang perjalanan.. i like!
Destinasi pertama ..BHARAT CAMERON VALLEY ..
..kat sini cuma lihat pemandangan dan sesuai shopping teh kat kedai dia tu..ada cafe jugak!
fenomena indah pelangi membulat yg sempat kami snap!
antara flora n fauna yg ada kat sini..
destinasi seterusnya ..MARDI AGROTECHNOLOGY PARK..oh ye, pastikan bawa bekalan kalau bawa anak kecik ..pastikan sikecil tu tak meragam ..leka melihat pemandangan , tak sedar masa berlalu ..tiba waktu makan si kecil tu , mungkin tiada restoren yg ada makanan sesuai utk dia..untuk kami , untung juga bawa bekalan sendiri dan boleh bancuh air panas untuk alas perut sementara jumpa restoren sesuai..
antara tanaman yg ada di sini..keseluruhan agak kecewa kerana tanaman tidak semeriah dan sesubur dulu..strawberry pun dah tak sedap ..mungkin cuaca dah semakin panas ..suhu yg kami catatkan semasa lawatan kali ini ( june 2010) cuma sekitar 25-28 deg celcius !!
COSMOS.. tanaman yg cuma ada kat cuaca sejuk..pun tak cantik sangat..
tak lepas peluang rasa strawberry chocolate kat sini..RM2.50
antara herba..teringat lamb chop pulak! he he..ni la herb yg diguna utk marinade lamb..selalu tengok yg kering je!
Melon..antara buah termahal kat Jepun nih!
tak tau ni apa..sejenis hiasan taman..
destinasi seterusnya..antara binaan menarik yang terdapat di Tanah Rata ...
tentang harga , agak mahal berbanding tahun2 sebelumnya..jadi berhati-hati semasa membeli !
menjelang tengah malam , kami turun melalui Simpang Pulai untuk bermalam di Tower Regency Hotel Ipoh ..dah gelap dan dah penat ..tak ingat nak snap apa2 dah ! ...will share the experience on next post !
No comments:
Post a Comment