masalah anak tidak mahu tidur bilik sendiri pun banyak juga..samaada anak kurang berminat tidur di bilik sendiri atau kita sendiri kurang menggalakkan mereka .
antara penyelesaian mudah ialah menghias bilik mereka mengikut citarasa anak-anak kita dengan sentuhan warna ceria atau lembut....terfikir pulak tentang kos ye tak?..
Kalau tidak punya extra budget , tak perlu mengubah suai bilik anak kita untuk menjadikan ia menarik hati mereka..ada cara utk meminimumkan kos tersebut..cuma kembali ke bilik anak kita..lihat apa yg ada..
perkara asas yang perlu ada untuk bilik anak kita
-Katil
-almari pakaian
-rak/almari buku
-rak/kotak mainan
sekarang fikirkan pula tentang warna kegemaran anak..kat sini kena rajin sikitlah..perkara perlu utk menceriakan bilik anak
-ubah susun atur bilik ( penting menitikberatkan kedudukan setiap perabot agar fungsinya tidak terganggu selain sedap mata memandang bila dijenguk dari pintu ..)
-tukar cat dinding( cat sendiri lebih baik)
-tukar langsir
-tukar cadar
-beli carpet jika perlu utk menaik seri..
ni antara contoh bilik kanak-kanak yang menarik hati saya ..punya kelengkapan asas utk bilik anak , ringkas tetapi amat ceria jika mendapat sentuhan warna dan susun atur yang betul..
pilihan warna dinding dan cadar menaik seri ..sangat sempurna jika berlangsir ringkas putih+merah
anak bujang kita pasti tak sabar melompat atas katil kalau kita dah tukar bilik mereka jadi begini!
contoh terbaik yang tidak membezakan jantina..kadang2 kakak dan adik lelaki berkongsi bilik kan..pilihan warna sebegini sangat sesuai..
cuma ada katil, almari pakaian , rak buku , rak mainan , meja belajar ..sangat asas..yang memainkan peranan adalah susun atur dan pilihan warna..segalanya ditangan kita dan bagaimana kita berusaha mengeluarkan idea kreatif demi keceriaan anak kita .
SELAMAT MENGHIAS BILIK ANAK!..(juga untuk saya ! hu!hu! )
bedding ref:
Special Cartoon ( coming soon ! )
No comments:
Post a Comment