Followers

Showing posts with label berkenaan serbaneka. Show all posts
Showing posts with label berkenaan serbaneka. Show all posts

Wednesday, May 13, 2015

KE MANA AKAN SAYA BAWA MARYNA PACKAGING SUPPLY ?

Ke mana akan saya bawa Maryna ?

Menjadikannya pengilang ?
menjadikannya pembekal?
menjadikannya pusat pemborong ?
menjadikannya peruncit ?


Kebanyakan usahawan membuat keputusan berdasarkan potensi perniagaan , penerimaan pasaran , untung rugi pelaburan dan lain-lain yang bersifat material .

Saya sangat berbeza bila membuat keputusan perniagaan . Yang pastinya akan dikecam jika saya mempunyai pemegang saham lain . Saya membuat keputusan perniagaan berdasarkan kapasiti saya sebagai seorang isteri , ibu , anak sulung , menantu dan faktor umur saya . Kemudian diikuti dengan kesesuaian masa dari faktor-faktor tadi untuk membolehkan saya menguruskan perniagaan dengan mudah .

Saya tidak dapat mengikuti nasihat kebanyakan "sifu" perniagaan yang terkenal di dunia internet terutamanya di FB kerana kebanyakannya tidak sesuai dengan "priority" saya . Saya tetap seorang isteri dan ibu yang menguruskan keluarga saya tanpa pembantu rumah setakat ini . Saya masih menghantar anak-anak ke sekolah . Saya masih melakukan segala rutin rumahtangga seperti biasa ..ada yang sangka , saya tidak lagi mencuci tandas..he he.. kalau dah rutin rumahtangga , dapat elak ke ? . Saya masih menjenguk ibubapa , mertua dan keluarga sekerap mungkin dan sentiasa menerima kunjungan tetamu saban minggu ke rumah saya dan keluar dengan keluarga menonton , makan-makan , hadir kenduri dan sebagainya . Secara dasarnya , masa saya sudah terlalu penuh dengan rutin-rutin biasa ini dan saya mahu ia terus kekal begitu  .  Oleh itu , saya mengatur perniagaan dengan sangat berhati-hati supaya berkembang dengan baik tetapi tidak memberi kesan sampingan yang negatif kepada keluarga saya . Komitmen saya sentiasa berpada-pada . Saya tidak boleh mewujudkan sebarang kerugian sepanjang operasi dan Alhamdulillah sehingga ke hari ini , Allah masih memakbulkan posisi tersebut. 

Saya mahu menjadikan Maryna sebuah perniagaan yang kukuh , sebaris dengan syarikat korporat yang lain . Cita-cita saya tidak sampai untuk menyenaraikannya di bursa saham tetapi cukuplah ia menjadi syarikat yang kukuh , yang boleh memberi manfaat kepada sekeliling . Menyediakan persekitaran dan kehidupan selesa untuk warga Maryna dan mereka2 yang terlibat secara lansung . Saya sedih melihat kehidupan sukar mereka-mereka yang rapat disekeliling saya . Saya berharap ada satu medium yang kukuh untuk memudahkan mereka meleraikan kekusutan yang dialami hari-hari .Ini yang saya harap mampu dilakukan Maryna nanti .   Ye , saya menguruskan Maryna secara sambilan tetapi saya tidak lagi membiarkan Maryna menjadi perniagaan sambilan surirumah biasa  . Saya membawa Maryna berkembang untuk menjadi syarikat yang serius dan dicari oleh pasarannya . Setiap hari saya merancang sesuatu untuk meneruskan langkah Maryna setapak demi setapak . 

Usia saya semakin meningkat . Hasrat saya untuk akhirat perlu seiring . Saya tidak boleh menjadikan Maryna menyibukkan saya dengan aktiviti dunia saja . Maryna perlu mula pandai berkembang sendiri dan melepaskan penggantungan kepada saya sedikit demi sedikit .

Satu langkah lagi , akan siap http://www.marynapackaging.com.my 
Terlalu awal untuk bercerita tentang ini . Harapan saya ia bakal menjadi platform e-commerce utama untuk packaging material suatu hari nanti . 



Saya dan tulang belakang Maryna di awal rombakan strategi ..mereka masih kekal bersama kami hingga hari ini ..Alhamdulillah.




Thursday, February 12, 2009

KEMBOJA

Photobucket


mengulit pokok bunga boleh melekakan . melihat dari cuma tunas kecil dan kemudian membesar . saat paling teruja waktu ia berbunga ..membuat pencinta pokok bunga begitu gembira , puas , tenang dan berbagai perasaan yang mendamaikan..

saya tidak mahir sangat menguruskan pokok bunga tapi setakat ini hasilnya jarang menghampakan ..amalan saya cuma satu..
" belai pokok dengan kasih sayang dan penuh perhatian..tidak cukup jika sekadar menyiram dan membaja sekali-sekala "

gambar :
pokok bunga yang dijaga semenjak nov.08 . baru berbunga pada penghujung jan.08 .
dipindahkan ke pasu lebih sesuai dengan harapan akar dan dahannya dapat membentuk cantik dan membolehkannya 'bernafas' dengan lebih baik !

semangat baru pasti tercetus setiap kali melihat bungaan berkembang !!

Monday, May 26, 2008

Berkenaan 'Serbaneka'..ingin memiliki..

Assalamualaikum/salam sejahtera,

melihat kepada pelbagai PRODUK yang indah di hadapan mata menggamit rasa 'ingin memiliki 'tetapi menjadi perkara biasa untuk kita menilai kembali sebarang keputusan 'ingin memiliki' yang kita akan buat . Pelbagai faktor berkaitan terutamanya kekangan kewangan pastinya selalu membantutkan keputusan itu walhal perasaan 'ingin memiliki ' itu tidak akan pernah padam.

selalu kita terasa inginkan sesuatu ....jika kita subjekkan kepada wanita..hmm..pastinya benda yang cantik-cantik. Kebanyakannya untuk kepuasan diri dan kebahagiaan insan tersayang yang berada di sekeliling..tetapi berapa peratuskah perasaan itu mampu kita zahirkan ke alam nyata . Pelbagai kekangan yang menghambat di sekeliling memaksa kita menyimpan 'sementara' atau menguburkan terus impian 'ingin memiliki' tersebut , juga demi kepuasan diri dan kebahagiaan insan tersayang yang berada di sekeliling ..itu lah wanita yang tipikal..termasuklah saya..

Setiap kali melihat produk-produk yang perlu dibeli , pelbagai isu bermain di fikiran saya . Budget..mengganggu belanja yang lain tak? , kesesuaian , keperluan atau cuma 'menyemak' ruang , berbaloikah? , adakah pilihan terbaik? dan bermacam-macam...termasuk isu remeh-temeh yang biasanya tak terfikir dek orang lelaki hu!hu!...tetapi yang utama , adakah pelaburan yang dibuat itu benar-benar berbaloi .Ada masa saya mengharapkan kita ditawarkan sesuatu yang lebih baik ...dari segi kualiti hinggalah cara pindah miliknya...senang cakap , harapkan sesuatu yang berbaloi dimiliki dengan cara yang mudah dan tidak membebankan..

bertitik tolak dari situ lah , wujudnya blog ini..ingin menyenaraikan apa sahaja produk yang saya sukai sambil berkongsi cara memiliki yang mudah supaya perasaan ' ingin memiliki ' yang selalu kita pendamkan dapat kita realisasikan .

saya juga amat berbesar hati jika blogger juga dapat berkongsi rasa tentang apa yang 'ingin dimiliki' ketika ini...