Followers

Showing posts with label Coret-coret. Show all posts
Showing posts with label Coret-coret. Show all posts

Friday, May 22, 2015

CUCI RUMAH SAMBIL BEKERJA

JUMAAT - 22.05.15

Esok - sabtu 23.05.15 malam  ,rumah saya akan digunakan untuk perjumpaan penduduk selorong sambil berparty BBQ . Saya mengambil keputusan untuk bersihkan dan sediakan rumah hari ni . Esok boleh tumpukan untuk persediaan lain.

Semenjak berpindah ke tempat baru ni , kami belum berkesempatan buat House Warming . Pada saya , kami tidak berapa perlukan house warming sebab sentiasa welcome sesiapa saya yang mahu berkunjung dan Alhamdulillah , rumah kami tidak pernah sunyi saban minggu . Namun , tetap ada niat untuk buat kenduri yang boleh mengumpulkan saudara , sahabat handai ,jiran dan kenalan serentak . Moga diberikan kesempatan dan rezeki olehNya . 

Minggu ini melalui group whatapp , jiran selorong menyatakan tentang rancangan majlis BBQ.Atas beberapa alasan , rumah kami telah dipilih untuk menjadi tempat berlansungnya majlis . Kami sangat berbesar hati . Moga majlis esok berjalan lancar dan mendapat keberkatan demi mengeratkan silaturahim antara kami yang berjiran ini. 

Namun..... janji menghantar sebutharga kepada beberapa syarikat tetap perlu ditunaikan .  Email order berbayar dari para admin MPS perlu diproses dan dilanjutkan ke bahagian packing & delivery . Amanah tetap amanah yang wajib dilunaskan . 

Tiba-tiba saya mendapat idea lagi bagaimana job delegation ini boleh diperkemaskan lagi dan memberi saya lebih kebebasan . Alhamdulillah , semuanya ilham yang dicetuskan olehNya . 

Kyomo, gambarimashou!!




Wednesday, May 13, 2015

KE MANA AKAN SAYA BAWA MARYNA PACKAGING SUPPLY ?

Ke mana akan saya bawa Maryna ?

Menjadikannya pengilang ?
menjadikannya pembekal?
menjadikannya pusat pemborong ?
menjadikannya peruncit ?


Kebanyakan usahawan membuat keputusan berdasarkan potensi perniagaan , penerimaan pasaran , untung rugi pelaburan dan lain-lain yang bersifat material .

Saya sangat berbeza bila membuat keputusan perniagaan . Yang pastinya akan dikecam jika saya mempunyai pemegang saham lain . Saya membuat keputusan perniagaan berdasarkan kapasiti saya sebagai seorang isteri , ibu , anak sulung , menantu dan faktor umur saya . Kemudian diikuti dengan kesesuaian masa dari faktor-faktor tadi untuk membolehkan saya menguruskan perniagaan dengan mudah .

Saya tidak dapat mengikuti nasihat kebanyakan "sifu" perniagaan yang terkenal di dunia internet terutamanya di FB kerana kebanyakannya tidak sesuai dengan "priority" saya . Saya tetap seorang isteri dan ibu yang menguruskan keluarga saya tanpa pembantu rumah setakat ini . Saya masih menghantar anak-anak ke sekolah . Saya masih melakukan segala rutin rumahtangga seperti biasa ..ada yang sangka , saya tidak lagi mencuci tandas..he he.. kalau dah rutin rumahtangga , dapat elak ke ? . Saya masih menjenguk ibubapa , mertua dan keluarga sekerap mungkin dan sentiasa menerima kunjungan tetamu saban minggu ke rumah saya dan keluar dengan keluarga menonton , makan-makan , hadir kenduri dan sebagainya . Secara dasarnya , masa saya sudah terlalu penuh dengan rutin-rutin biasa ini dan saya mahu ia terus kekal begitu  .  Oleh itu , saya mengatur perniagaan dengan sangat berhati-hati supaya berkembang dengan baik tetapi tidak memberi kesan sampingan yang negatif kepada keluarga saya . Komitmen saya sentiasa berpada-pada . Saya tidak boleh mewujudkan sebarang kerugian sepanjang operasi dan Alhamdulillah sehingga ke hari ini , Allah masih memakbulkan posisi tersebut. 

Saya mahu menjadikan Maryna sebuah perniagaan yang kukuh , sebaris dengan syarikat korporat yang lain . Cita-cita saya tidak sampai untuk menyenaraikannya di bursa saham tetapi cukuplah ia menjadi syarikat yang kukuh , yang boleh memberi manfaat kepada sekeliling . Menyediakan persekitaran dan kehidupan selesa untuk warga Maryna dan mereka2 yang terlibat secara lansung . Saya sedih melihat kehidupan sukar mereka-mereka yang rapat disekeliling saya . Saya berharap ada satu medium yang kukuh untuk memudahkan mereka meleraikan kekusutan yang dialami hari-hari .Ini yang saya harap mampu dilakukan Maryna nanti .   Ye , saya menguruskan Maryna secara sambilan tetapi saya tidak lagi membiarkan Maryna menjadi perniagaan sambilan surirumah biasa  . Saya membawa Maryna berkembang untuk menjadi syarikat yang serius dan dicari oleh pasarannya . Setiap hari saya merancang sesuatu untuk meneruskan langkah Maryna setapak demi setapak . 

Usia saya semakin meningkat . Hasrat saya untuk akhirat perlu seiring . Saya tidak boleh menjadikan Maryna menyibukkan saya dengan aktiviti dunia saja . Maryna perlu mula pandai berkembang sendiri dan melepaskan penggantungan kepada saya sedikit demi sedikit .

Satu langkah lagi , akan siap http://www.marynapackaging.com.my 
Terlalu awal untuk bercerita tentang ini . Harapan saya ia bakal menjadi platform e-commerce utama untuk packaging material suatu hari nanti . 



Saya dan tulang belakang Maryna di awal rombakan strategi ..mereka masih kekal bersama kami hingga hari ini ..Alhamdulillah.




Monday, May 11, 2015

SURI BEKERJA SENDIRI - MENGHADAPI RUTIN YANG BERUBAH SECARA TIBA-TIBA

11.05.2015,Isnin

Hari ini zikry selsema . Saya cutikan dia dari ke sekolah . Dia kuat saja tapi bimbang sebarkan virus selsema pada kawan-kawan lain pula.

Fikiran sesak memikirkan beberapa sebutharga yang perlu diemail pagi ini .Selain beberapa dokumen penghantaran yang perlu disiapkan sebelum diserahkan kepada pembantu untuk menyelesaikan kerja-kerja seterusnya . Jadi , saya atur segalanya seberapa kemas.

Beginilah rutin jika bekerja sendiri . Kita tiada pengasuh atau pembantu rumah untuk membantu menguruskan hal anak-anak sementara kita siapkan kerja kita . Yang perlu dilakukan adalah , uruskan masa sebaiknya dan sentiasa fleksible kerana rutin akan berubah bila-bila masa. Anak-anak yang berubah waktu kelas tambahan , waktu kokurikulum , waktu berjanji menyiapkan tugasan sekolah dengan kawan-kawan , anak-anak sakit , buku sekolah yang penting tertinggal dan perlu dihantar segera dan pelbagai sebab lagi yang menyebabkan kita perlu mengatur semula masa secara tiba-tiba . 

Cara saya ialah , bagaimana ada tugasan penting pun , saya aturkan masa mengikut keperluan masa anak-anak . Jika ada temujanji yang telah dibuat dengan pelanggan , lihat jika kita masih boleh selitkan untuk selesaikan keperluan anak-anak yang muncul tiba-tiba terlebih dahulu. Dengan cara ini , minda kita lebih tenang dan dapat menyelesaikan tugasan sendiri dengan lebih teratur kerana perkara yang paling penting telah kita selesaikan . 

Hari ini saya mengambil keputusan bekerja dari rumah sambil melihat zikry menyiapkan kerja sekolah yang masih berbaki , sambil saya menyiapkan segala dokumen penting yang perlu diselesaikan pagi ini . Sekejap lagi saya perlu email segala dokumen ini.

Kain baju , pinggan mangkuk dan halaman telah diuruskan sebelum sarapan tadi . 

Jika ada yang nak berhenti kerja kerana penat di ofis dan berharapan dengan bekerja sendiri boleh berleka-leka sesuka hati  ,  adalah tindakan yang kurang tepat . Jika anda mahu berhenti kerja makan gaji kerana mahu menumpukan sepenuh masa menguruskan rumah tangga  ataupun mahu menguruskan bisnes sendiri sambil menguruskan rumahtangga mengikut masa anda , anda akan mencapainya dengan sedikit pengorbanan masa dan komitmen . 

Ok lah , itu saja untuk hari ini . Klinik , kedai gunting rambut , supplier termasuk dalam agenda pagi ini sebelum menjemput abang dan kakak di sekolah jam 1 nanti . Petang ini supplier oven janji datang untuk mengganti lampu oven yang terpadam tiba-tiba ..




Wednesday, December 11, 2013

BANJIR TAHUN 2013 dan kita.

klik link untuk membaca :

KETUA PENGARAH MAJLIS KESELAMATAN NEGARA melaporkan tentang pengurusan banjir 2013 ini 

Alhamdulillah dan sedikit pendapat saya yg berlandaskan hati seorang rakyat.Tiada kaitan dengan mana-mana parti politik.

Quote dari artikel di link tersebut : 
"Melihatkan keadaan semasa banjir yang melanda negara, MKN perhatikan ramai yang cuba membandingkan Malaysia dengan negara Jepun yang dikatakan lebih unggul dalam menguruskan bencana. Walaupun ia adalah suatu perkara yang positif bertujuan penambahbaikan, namun adakah mereka ini sedar bahawa apabila negara Jepun dilanda bencana, semua pihak di segenap lapisan masyarakat meletakkan perbezaan fahaman politik dan ideologi mereka ketepi dan berganding bahu untuk menangani krisis yang dihadapi.

Kerajaan Jepun seperti lain-lain negara yang dilanda bencana yang diluar jangkaan atau berskala besar turut mengalami masalah untuk menguruskannya di peringkat awalan. Menyedari hakikat ini, masyarakat setempat serta organisasi sukarelawan tempatan memainkan peranan mereka sebelum ketibaan pihak berkuasa"

Pendapat saya pula :
Langkah persediaan menghadapi bencana yg dirangka dari september katanya,nampak cantik pada angka dan teorinya ..pun begitu ,suasana panik dan kerosakan akibat gelombang banjir kali ini masih luar biasa.

Jika benar ada persediaan menghadapi bencana yg sebegini hebat, kita masih perlu sedikit lagi usaha supaya setiap lapisan rakyat , di mana sahaja tahu langkah demi langkah yg perlu dilakukan bila menghadapi bencana..

Polisi menghadapi bencana perlu lekat di hati setiap penghuni bumi malaysia.

Mengambil contoh semasa di Jepun, kita sebagai foreign student pun tahu polisi menghadapi gempa/banjir ..
Gegar sikit cari kawasan lapang ..kalo x sempat keluar ,masuk bawah meja ..langkah awal paling ringkas yg semua peringkat maklum. Sambil mendengar pengumuman kenderaan bersiren yg masuk ke setiap lorong utk bersedia dgn langkah perlu seterusnya kerana bencana "DIJANGKA" tiba sedikit masa lagi. Semua tv channel akan mengeluarkan amaran kaw yg "dijangka" ditimpa bencana dan melapor secara live dari masa ke semasa .semua kenderaan awam juga terlibat mengumumkan..cepat2 stok bekalan makanan dan keperluan jika perlu...ni semua ikut pengalaman yg saya lalui .pernah saya baru turun bas dari rumah (kashihama-kyushu) ke sekolah (hakozaki-kyushu) ..tahun 93 kalo x silap, pemandu bas mengumumkan perintah berkurung telah berkuatkuasa kerana taifoo hampir dan dijangka tsunami kecil melanda di kawasan rumah sewa.saya di minta balik ke rumah serta merta yg terletak hampir dgn pantai..semasa tiba , air telah naik separa lutut ..payung saya patah dan terbang dipukul angin kuat.. Alhamdulillah saya selamat tiba dan berkurung di rumah tanpa sebarang kesulitan ..saya yg cuma warganegara luar pun maklum apa langkah yg perlu diambil dan itu cuma bencana alam yg kecil.

Benar kita semua hanya mampu merancang.Perancangan yg rapi jika tidak 100% menyelamat, pasti mampu meminimumkan tahap kerosakan pada manusia dan harta benda dari  bencana yg dihadapi.

Membina jati diri warganegara juga satu tanggungjawab berat pemerintah. Pemerintah jepun mampu menanamkan nilai2 murni pada setiap lapisan masyarakatnya.Sikap tanggungjawab ,ikhlas dan sukarelawan sejati sangat2 perlu dikala menguruskan bencana.
Hati saya perit bila mendengar ADA pihak2 yg dipertanggungjawab mengagih bantuan terkumpul umpama menikmati durian runtuh , gigih memilih barangan percuma utk diri sendiri.Malah ada yg dihalau oleh AJK pusat pengumpulan bantuan bila cuba membantu mengagih bantuan?
Cerita begini kerap muncul setiap kali Msia dilanda bencana..jika tiada angin , masakan pokok bergoyang ..di dunia tanpa sempadan , Ayat-ayat indah atas kertas dan disampaikan dengan penuh tertib ilmu , adakalanya tidak mampu menutup  cerita benar yg disampai rakan dan sanak saudara secara live ...tiba2 teringat pula tentang Tabung Bencana yg pernah diwujudkan masa tsunami melanda Acheh dulu..yg katanya ,bakinya akan diguna utk rakyat kita juga.##Ada kot kegunaannya kali ni ## ..ntah lah,kita memang sentiasa kekurangan maklumat kot.."sama mcm ahli parlimen tu gak".. Bgmana ramai yg tak tahu ada persediaan menghadapi bencana yg begini hebat ?
Bercakap pula tentang apa yg ada depan mata,saya kagum atas usaha rakan2 saya yg mengumpul bantuan dari sekitar kami di sini (selangor)dan secara lansung ke tempat terlibat utk menghulur bantuan tanpa membawa apa-apa "nama" . Saya percaya, ratusan kumpulan begini wujud.
Pada pendapat saya,Usaha2 ni adalah langkah "kedua " ..iaitu apabila bencana telah berlaku .


Langkah pertama adalah polisi menghadapi bencana dan tetap menjadi tanggugjawab pemerintah yg menguruskan negara dan mempunyai jabatan2 yg berkepakaran membuat ramalan awal bencana . Bukan sekadar membuat polisi tapi mendidik rakyat dengan polisi-polisi ini . Rakyat tidak mungkin menolak jika segalanya dilakukan dengan telus dan konsisten …owh , pastinya ada hati terguris lagi bila dikata begini namun sekali lagi ,  salahkah rakyat menyuarakan isi hati nya? 


>>komen rakyat terhadap kerajaan pemerintah tidak semestinya bermakna komen itu datang  dari parti pembangkang..harap maklum <<

MENGEMAS SAWANG BLOG YANG TELAH BERSAWANG

tetiba hari ni ni teringat blog yg telah lama tidak dijenguk ni.. jom mula kemas sawang kat sini.. banyak cerita nak dihias di sini . Harap dikurnia kesempatan kerana cerita2 ini yang ingin saya ingat tapi ..banyak yang semakin kabur bila disimpan dalam kepala  seiring usia yang semakin meningkat hu ! hu! ..


Monday, November 12, 2012

Bila pekerja dari rumah mengomel !



mampukah anda ?

menjadi super mommy 
super duper mengurus rumah tangga .....rasa dah tertiarap dah ni!..badan tak mampu , tapi hati kata boleh ! weeehaa!!

kain baju berbakul..selesai dibasuh menghadap pula cabaran hujan utk dikeringkan
pinggan mangkuk tak cukup sinki , lagi laju dicuci , lagi laju yg baru perlu dikutip ..bukan pandai melompat sendiri ke sinki

#puff!# dah siap kemas..masuk kedapur membancuh secawan kopi (makan tak perlu..tadi dah sarapan sama suami sblm dia g keje ..sempat la goreng mee tadi..)....buat kopi sbb nak menikmati ruang yg baru dirapi..diterangi matahari pagi (ceh! jiwang karat!) ... namun kuar je dari dapur..mimpi ke kita ni? ..seolah kita cuma berangan berkemas tadi tu...suma dah kembali ke tempat asal yg bukan tempatnya ho ho..walaupun memasing dah besar panjang..tak pelah..mak je yg tau , mana tempat asal semua tu kan..

tak sempat teguk kopi panas , kerja pula dah menanti..telefon berdering , sms , fb , email , fax ... dan 

owhh! order semalam perlu di packing ..sbb kejap lagi lori pick-up sampai .. 
dan owh ! perlu buka order ... mana po lama nak semak harga ni ? baru sedar , filing dah bertimbun tak siap .. 

owh ! invoice perlu dibayar... dan tersedar pulak .. ledger dah berbulan tak berupdate..tambah lagi satu invoice ..nanti lah update sekali ..yg penting semua dah bayar..

"payment made to ur accout just now..please check ".. capai buku order n resit ..
owh!bersusun juga belum diupdate ..tak pelah ..nanti sempat buat.. yg penting , siapkan proses order for packing n delivery....duit dah terima , tak sedap kalau lambat process..nanti customer sedih , rezki kita pun lari..sambil pack , boleh balas pm/sms/whatapp/bbm/email order juga hu!hu!


#pin!#pin#..ha??!! lori sampai pulak hantar kotak...marathon pulak susun stock .. ketak-ketak lengan makcik weih!

owh! ada quotation perlu submit hari ni.. zass! mesti tip top punya offer ..baru org yakin nak order .. tarik nafas dan mula type ..ref.no: QE######...."mak!!!" sikecik pulak dah bangun .."adik nak mak!"..dukung adik , susu n sarapan dulu.. begitu juga ahli keluarga lain..pastikan ada hidangan atas meja siap2 ..senang nak keje..tapi...... sikecik bukan begitu aturannya...layan juga..

#tit#tit#tit#.. owh! sidai baju dulu..
sambil lalu , cuit kakak siap ke sekolah ..#puff# bagi sikecik ni wangi2 dan hensem juga ..kejap lagi jadi bodyguard mak hntr barang 
ha???!! dah pukul 11.30am ???!!...#keletung#keletang#keletung#..."puff!" ...jemput makan semua !! 
mak suap adik ye....adik tak abih? ..tak pe ..mak abihkanlah ye..sambil cubit lemak kat pinggang ..hu hu..bila la dapat jogging ni???

#kring#kring#
" puan , ada rumah tak? nak walk in purchase lah "
"boleh, datang lepas kul 4 ye " sambil dukung adik masuk keta..dan jerit " kakak , dah siap ke??"

cepat!cepat ! ... kakak turun sini ye..adik cepat salam kakak ... have fun kat sekolah ye kakak ..mmmuah!! ...jom adik..jap lagi abng balik ..lepas zohor , ada delivery la adik...hmm, mana lori pickup tak sampai2 ni... .

"mak!! ..jom la gi situ sana sini..nak beli itu ini ..boring la mak ni..."ngomel si abang sambil adik angguk2 kepala... jgn jawab apa2 mak..telan je..

..what??!! its already 5pm ???..minum kopi petang2 ni sedap nih! ok gak buat kopi sebelum masak mkn malam..jap g abah balik..sian abah kalo mak lom masak..nak beli slalu pun boring gak ..tak sihat ..banyak msg!  ...masak jap..n ..adik!! jom , jemput kakak! ..balik kang la mak buat kopi ye..

...eh!!!???!!!! ...kopi pagi tadi dah sejuk la......

dan..itu..dan ini..dan baju lom lipat  walaupun jam dah nak cukup putaran 24jam...

esok kene overtime , sebab banyak task hari ni tak siap lagi....dan begitulah seterusnya...
nak kata camana..org yg keje ofis yg ada breaktime , ada pengasuh tengokkan anak pun belum tentu boleh siapkan keje..inikan pulak ..All in One kan?!

penat??giler la kalo tak penat ....
tu sebab rasa nak nangis bila dgr statement 
" ..dia tak keje..dok umah ..tak pe ..banyak masa nak ngemas , tengok anak , masak sedap2..... " 
aku boleh buat semua tu sebab tu memang rutin aku sebagai surirumah ..aku bukan org malas tau!kalau aku banyak masa, aku boleh bagi lantai jadi cam cermin tau! ..pergh!! ..marah ni.. sabar mak cik ..sabar ...

tapi gembira 
bila anak kata "terima kasih mak!"
bila suami kata " sian awak, dah la ..nanti saya tolong" (walaupun cuma kata2..cukup sangat =) .. luv u lah! )


another things to do (check list)
-lawat and spent time with mak ayah and family
-bawa anak2 bercuti ..sian mereka ..kena bnyk sabar jadi anak mak ye..
-dating dengan buah hati..sian awak.. tapi awak tetap sayang saya kan ?! =D
-nak ambik tution Al-Qur'an 
-belajar agama
-belajar mandarin
-shopping 
-gubah bunga (hobi nih!)
-survey itu ini
-watch tv ..tv tau..belum citer wayang lagi!
..and so on......what a never ending list !...
and not to forget ... nak pegi SPA ...  Allah dah bagi sempurna kejadian ..rugilah kalo tak jaga ..kan? kan?..

tapi BILA ????????!!




Wednesday, October 17, 2012

SIAPA DIA DI MATA HATIKU ?

DIA ..
 boleh suapkan kita nasi grade AAA
 walaupun dia hanya makan beras hancur

 boleh payungkan kita
 walaupun dia berhujan

 boleh jadi doktor terbaik
 walaupun dia sedang sakit

 boleh membina istana untuk kita
walaupun nak angkat sebiji bata pun dia malas

 boleh tidurkan kita bertilamkan emas
walaupun dia bertilamkan lantai

 boleh menyayangi
 dikala yang lain hanya membenci

 sentiasa mahu kita tersenyum
walaupun dia sedang menangis 

dan.. boleh bersamaku yang hanya sebutir pasir
walaupun bintang-bintang mengelilinginya

 semoga dia yang istimewa ini dipanjangkan usia
dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidupnya.

 dan dia perlu tahu ,
 berlandaskan cinta yang tulus
 aku sanggup bekorban apa saja untuk kebahagiaannya

 誕生日おめでとう !

Thursday, May 5, 2011

GEMENTAR

Hari ni Radio HOT FM buat topik tentang "gementar"..kebelakangan ni saya memang selalu rasa gementar!!...mulanya rasa macam normal perasaan gementar ni tapi bila HOT FM buat topik ni ,saya rasa perasaan gementar saya ni terlalu istimewa utk saya coretkan di sini ..kalau umur saya panjang , lagi 2 tahun , 4 tahun , 6 tahun , 8 tahun , 10 tahun akan datang, saya boleh kembali melihat dan merasai perasaan saya pada ketika ini..

dengan tempoh yang masih "baby" melibatkan diri dalam perniagaan yang lebih serius , saya semakin gementar bila sesekali terselit enquiry yang saya anggap besar untuk scale saya dicelah2 enquiry utk product yang saya dah biasa.. dan ia semakin kerap dari hari ke hari ...kadang2 memerlukan saya buat homework berhari-hari tentang material & spec..sebelum dapat memulakan sourcing ....kadang2 exceed my limit...Alhamdulillah ,of course saya suka ! suka sangat ! rasa semangat yang berkobar-kobar ...tetapi agak gementar untuk memenuhi customer expectation ....saya akur , persaingan sangat sengit ..walaupun begitu , setakat ni saya merasa sangat yakin dengan hala tuju dan konsep yang saya bawa ..saya yakin , Allah membantu saya dan membuka jalan dan memudahkan urusan saya ..walaupun ada masa "tersedak" , itu saya anggap satu cabaran untuk membuat saya lebih berfikir dan terus berfikir dan terus berusaha sedaya upaya..tak de benda yang mudah..Saya tetap rasa bersyukur selagi saya diberi kekuatan , kesihatan , akal fikiran dan semangat untuk sentiasa mencabar diri melepasi had yang saya selesa..

juga semakin gementar kerana rutin hidup saya semakin berubah..berbeza dengan rutin semasa bekerja di pejabat ..berbeza dengan rutin sebagai surirumah sambil berniaga suka-suka..mampukan saya handle rutin ni?? saya letak tekad utk maintain hal ehwal keluarga seperti biasa dan dalam masa yg sama sangat sibuk merangka hala tuju dan mengurus biz yang baru je nak bertunas ni...terlalu banyak perkara yang perlu saya urus dalam masa yang sangat ketat ...kadang-kadang sangat mengah tetapi saya kembali semula kepada niat....kembali mengenang sokongan suami , anak2 dan keluarga ,kembali mengenang impian saya ...ia memberi saya kekuatan utk teguh kembali dan mengatasi segala rasa gementar dan membuang rasa tidak yakin yang kadangkala singgah di hati..saya mesti berusaha lebih gigih sehingga biz. saya ni bertapak kukuh dan saya boleh bernafas lega dan selesa..saya beri tempoh 2 tahun ...di mana kedudukan biz saya masa tu ye???...lagi 2 tahun , saya jawab.InsyaAllah!

Monday, April 18, 2011

CIKGU kena rekod BMI murid????

"BMI pelajar direkod dalam kad laporan sekolah" tajuk berita harian online yang saya baca pagi ni buat saya termenung seketika ..

Langkah itu terpaksa diambil susulan peningkatan obesiti rakyat Malaysia sekarang ni..Serius sungguh masalah obesiti rakyat malaysia sehingga Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran memberi perhatian yang begitu serius untuk menangani masalah ni ..ikut indeks yg saya baca tu , 1.7 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas mengalami obesiti..rakyat Malaysia sekarang seramai lebih kurang 27.6 Juta orang ..yang umur 18 tahun ke atas tak pasti lah pulak..jadi tak dapat nak anggar peratusannya..

tapi bukan itu persoalan yang bermain kat kepala ni.. persoalannya , Cikgu yang kena catat "BMI @ Indeks Jisim Badan" tu untuk perhatian ibubapa??? bukan saya tak setuju pemantauan BMI ni ..setuju sangat-sangat..cuma kenapa cikgu dipertanggungjawabkan..tak cukupkah sub-task yang cikgu kena buat sekarang ni? Oppsss! jangan salah faham..saya komen bukan atas kapasiti sebagai seorang guru sebab saya cuma ibu kat rumah je. Bukan cikgu sekolah...banyak sangat kerja "Data-Entry" yang saya dengar cikgu kena buat..saya amati , cikgu sekolah sekarang sangat lelah dengan pelbagai tugas sampingan/management and documentation sehingga mereka semakin "sesak nafas" dalam memberikan tumpuan pada task utama iaitu "mengajar"..Guru ni pun manusia juga. Ada yang sangat cekap , ada yang sederhana dan ada yang kelam-kabut jika dilambak pelbagai kerja serentak . bila semakin bertambah tugas2 yang patutnya boleh diserah pada pihak lain , maka semakin mengah lah diorang ..akibatnya , persediaan mengajar dibuat ala kadar dan ada yang tak buat lansung dengan alasan .."tak sempat dah!"..memang masa tu ada tapi bila diorang nak rehat pulak? bagi yang bekeluarga , bila diorg nak tengokkan family diorang pulak?..tak kan nak tunggu hari cuti je..tu pun kalo betul2 total bercuti.. tak tercapai juga impian kerajaan nak tengok "rumahku syurga ku"..mana tak , tiap hari tengok mak/ayah bawa macam2 dari sekolah..paling worst , ahli keluarga lain pun kena tolong pulak tu!!..issh!! melalut dah saya ni..kengkadang timbul geram bila dengar kerja sekolah anak cikgu tak check , kerja sekolah makin tak de , cikgu tak masuk kelas , rekod murid lompang sana-sini(padahal macam2 maklumat n copy diminta) dan macam2 akibat "cikgu sibuk" ni ...pasti ada sebab napa cikgu sibuk sangat kan??!!..cikgu malas tu , satu cerita lagilah..tapi bukan tu isunya..

Patah balik kat isu BMI ni..rasanya biarlah ibubapa yang dipertanggungjawabkan..wah! ramai plak makbapak yang panas hati plak dengar komen saya ni kang! tak pasal2 kena sound "kita bako je dia!"(ala2 usop wilca yea!hik!hik!)...ye , memang la tambah kerja sikit. Anak2 tu anak2 kita jugak..bukan anak orang lain. Biarlah kita yang jaga tahap kesihatan dia . Dah anak kita , pasti kita buat dengan ikhlas sebab kita sayangkan anak kita . nak yang terbaik untuk anak kita . Tak tau nak kira BMI ?? ..ok , yang ni sekolah boleh lah tolong buat surat , tunjuk formula nak kira BMI masa edar surat hari terbuka sekolah tu..(ala , masa minta ibubaba datang sekolah untuk ambik report card tu ) ..minta ibubapa kira sendiri dan catat sendiri kat report card anak masa nak tandatangan tu..tak tau juga , tanyalah jiran2 or kengkawan yg pandai..usaha sikit je.."hendak seribu daya.."..dengan cara ni , ibubapa lebih aware tahap Obesiti anak tu kerana bila kira sendiri ,ingatan tu lebih sikit..pendapat peribadi sayalah!! Dan tentang pemantauan makan minum tu , ibubapa perlu didik anak2 tentang makanan sihat dan seimbang . Memanglah anak2 ni tertarik dengan makanan yang tak sihat sebab selalunya makanan tak sihat tu sedap ! kita pun kalah gak kengkadang..( or selalu gak la he! he!..)..bila selalu diingatkan , sikit2 lekat juga kat selera dia masa pilih makanan sendiri kat sekolah or kat luar tu..pihak kantin perlu dipantau tu memang saya setuju sebab tu faktor sokongan untuk menggalakkan anak2 ambik makanan sihat dan seimbang..bukan semua ibubapa dapat sediakan bekal utk anak2 ..dan satu platform didikan terbaik bila bebaskan anak2 memilih makanan sendiri..kan bagus kalau kantin sekolah dapat sediakan makanan seimbang seperti sandwich lengkap (roti+sayur+telur/ayam/ikan) berbanding goreng daging burger/sosej proses semata..nasi goreng tu biarlah dari nasi segar dan lengkap rencahnya termasuk sayur untuk memberi zat seimbang pada mereka..berbanding goreng nasi lebihan semalam dan tak de sayur plak tu!..nasi lemak tu , janganlah pedas sangat sambalnya..letak la bilis lebih sikit(sumber calcium) berbanding cuma lada dan bawang je..timun tu pilihlah yang segar/muda dan hirisannya cantik supaya anak2 tertarik..banyak option la kalau diorg nak buat ..budak2 bawa duit dan bayar makanan tu..makanan kantin sekarang pun bukan murah macam dulu..

Meleret2 dah saya ni..padahal ,yang saya nak cakap tadi cuma.. biarlah BMI tu makbapak yang buat . Biarlah cikgu concentrate mengajar macam kita kecik2 dulu..pada yang tak tau nak kira BMI tu ..

basic formula dia simple je ..

BMI=Berat (KG)/(Tinggi dalam meter)2 atau

BMI=berat(dalam KG) bahagikan dengan {Tinggi ( Mtr )x tinggi(Mtr) }

Petunjuk utk org asia :
bawah 18.5 = Underweight
18.5-23.9 = Normal
24-26.9 = Overweight
27~ = Obes

..eh!eh!..BMI saya ??23.1 = normal..Alhamdulillah tapi ..normal dah hujung-hujung la!!!

Thursday, April 7, 2011

BILA CLOTH DRYER KU ROSAK !

hari ni mesin pengering pakaian rosak...tak de pilihan lain , menyidai ler bawah cuaca yang panas dan terik sekarang ni..Allah! panasnya ... tu lah..dah biasa ada kemudahan , bila sekali ditarik ....keluarlah macam2 keluhan ..kalau dulu , tak kesah pun sebab dah biasa menyidai ...dan memang dah macam tu lah hakikatnya ..basuh kain , nak keringkan mestilah menyidai ..kena aware dgn cuaca..berebut angkat kain kalau hujan turun ...tapi semenjak gunakan dryer dari 6 tahun lepas , dah jadi terbiasa la rutin baru..basuh baju tak kira masa sebab nak keringkan masuk dalam dryer ..cuaca dan masa tak penting sangat ..dari rasa senang , sampai lah rasa perkara tu rutin biasa..bila dah jadi rutin biasa , mestilah rasa kesusahan yang amat sangat bila benda tu tak de ...tetiba terdetik , tanda kufur nikmat ke tu?? Astaghfirullah...mengimbau semula LCD tv yang rosak dari 2 minggu lepas..sementara tunggu Samsung repair , gunalah tv lama yg anak saya guna utk PS2 tu..tak de mood tengok tv tu! ...anak sulung saya tu pun mengelupur sebab muka bintang korea kesayangan dia tak nampak clear katanya!! adoai!.. perkara ni buat saya menilai banyak benda yang saya ada ..adakah saya benar2 bersyukur memilikinya? , adakah saya ambil ringan kepentingannya ?, adakah saya telah menjadi terlalu manja dengan macam2 yang saya ada ? dan macam2 lagi... fikiran saya juga sampai ke bencana yang melanda Jepun baru-baru ni..Tsunami dan kemusnahan daripadanya ..pengalaman di sana dulu sempat saya menyaksikan betapa modennya kehidupan rakyat Jepun..betapa teknologi memudahkan segala aspek kehidupan harian mereka ..dari sekecil2 perkara seperti ada instruction untuk mengoyak pack makanan ringan hinggalah perkara yang besar seperti boleh je ulang-alik pergi kerja guna pengangkutan awam walaupun dengan jarak 100km tanpa risau lewat atau jadual perjalanan kenderaan awam dibatalkan ( macam yg selalu jadi kat ktm komuter kita heh heh...)...sedang naik bas , tengok jadual tiba station tak kena dengan masa yg kita nak , boleh je transit pada subway kat mana2 station yg ada link..banyak je..pendekkata semua serba mudah dan moden ..dulu kalau sedikit je saya berhadapan masalah , ligat je mulut bagitau otak saya " ini jepun , tak de benda yang susah!" ..dan without panic , dapat je penyelesaian ... Kemusnahan yang melanda pasti membuat mereka amat menderita ..ditambah dengan musim sejuk ...pastinya mereka merasai kesukaran yang amat sangat untuk menjalani kehidupan harian ..pastinya mereka sangat menghargai apa yang pernah mereka ada sebelumnya .. itu lah kehidupan ..kita sering bersyukur selepas kita kehilangan..itulah salah satu hikmah dari tiap musibah yang menimpa ..moga kita sering menilai dan bermuhasabah dengan segala perkara ..percaya pada sebab dan musabab..Allah turunkan ujian juga bersebab .Moga kita tabah dengan segala ujian ..moga kita sentiasa positif dan tidak terlepas hikmah dari ujian yang melanda ..