Followers

Wednesday, October 6, 2010

MAKANAN BAYI DARI 6 BULAN


"hari ni adik makan apa?"..tanya puan A
"bubur nasi .." jawab saya
"bubur masak sendiri?..buat camana ye?"..

rupanya ramai juga tak berapa pasti cara memasak bubur yang sesuai untuk baby..so , jom kongsi CARA SAYA ..kalau rasa sesuai lah ye!

BUBUR NASI + UDANG DAN SAYURAN -qty utk 2 hidangan
(utk bayi 6 bulan ke atas)

1)sediakan NUTRIEN UTK TENAGA ..biasanya dari bijirin..beras/gandum/kentang
hari ni beras 1/4 cup basuh bersih dan rebus dalam +/- 1 ltr air..tambah air jika perlu ..dan 1/2 biji kentang..cincang

2)sediakan MINERALS dari sayuran sesuai (cth: carrot/sawi /kacang panjang/bunga kobis dll)

3)sediakan NUTRIEN UTK TUMBESARAN-ayam/ikan/udang/ketam/bilis...elakkan daging..hari ni saya guna udang.
tips:
Kenalkan baby pada jenis makanan pejal secara berperingkat untuk memastikan tahap alergi atau kekuatan perut dia..mulakan dengan sayuran sahaja dan sedikit ikan utk permulaan..perhatikan jika ada alergi..kalau ok , boleh tambah kuantiti..cara yang sama setiap kali makanan baru diperkenalkan .


4)cincang halus semua bahan..




5)bila beras dah mula mendidih, masukkan udang dan sayuran yang berubi( carrot/kentang)





6)bila nasi dah mula kembang dan hampir masak,masukkan sayuran hijau dan sedikit garam..



nota: pakar nutrisi kata sayuran senang kehilangan vitamin jika dicincang halus dan dimasak terlalu lama ..kita tak de pilihan.baby tak de gigi..sekurang2nya masih ada serat di sini..





7)lenyek bubur dalam tapis..tak digalakkan guna blender sebab tekstur bubur jadi terlalu berkanji dan baby jadi muak!





8) Dah siap ..sediakan sepotong buah yg sesuai dan baby anda suka..so , kita dah ganti vitamin yang hilang dari sayur!..biasakan dengan air masak , bukan air manis..untuk faedah masa depan he!he!






tips:

IKAN/AYAM : cincang isi ikan/ayam atau goreng ikan/ayam berasingan , ambil isi lembut dan lenyek bersama bubur yang dah masak

KETAM: bersihkan ketam dgn teliti dan masak bersama bubur..keluarkan ketam,ambil isi,ceraikan isi dan gaul bersama bubur yang dah lenyek.

Selain tu , saya juga selang seli dgn MAKANAN FORMULA khas utk baby dari Heinz,Nestle dll..makanan formula amat membantu terutama waktu kita keluar utk jangkamasa panjang..baby boleh di ajar mengenal makanan dari umur 4 bulan..saya kenalkan baby dgn bubur nasi kosong dan makanan baby utk 4 bulan dari HEINZ..botol tutup warna biru ..



HEINZ food for infant=khas utk baby dari 4 bulan


dan juga pelbagai pilihan dari NESTLE ( dari 6 bulan~)



untuk sarapan , saya selalu bagi biskut ( heinz,milna ) rendam air/susu ..bila dah ada gigi,lagi luas pilihan..roti rendam susu pun baby suka, terutama roti butterscotch dari GARDENIA



Mempelbagaikan Jenis dan rasa makanan untuk memastikan baby dapat pemakanan seimbang dan cukup nutrien dan mengelakkan dia jadi cerewet makan ..kalau dia cerewet jugak..BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG dah!


Kalau zaman dahulu , anak yg montel seolah menjadi standard anak tu sihat dan cukup makan tetapi tidak lagi pada zaman ini..memastikan anak membesar dengan sihat dan seimbang menjadi cabaran yang amat besar di zaman sekarang yang penuh dengan "makanan bercampur racun"..Tidak mengapa jika anak kita tak se'gebu' yang diharapkan atau macam terlebih montel , jika kita tahu anak kita mendapat makanan yang sihat..cuma berhati-hati dengan masalah OBESITI dan KENCING MANIS semakin menular pada kanak-kanak di Malaysia sekarang!


MENJELANG UMUR 1 TAHUN , anak saya sudah nampak kecenderungan seleranya pada makanan pedas ..nampaknya saya akan mula masak nasi lembik berlauk sama dengan kakak dan abangnya!..lenyek dgn tangan lah! gigi baru ada 4 je tu! ..bagus gak utk latih gusi jadi kuat!


tetap berselera walau di mana jua hu!hu!


9 comments:

siti norbaya said...

good tips. thnk u..

suria lekatlekit said...

baby sy hari ni baru genap 6 bulan 1 hari.. dr blog ni saya dh cuba bg dia bubur nasi+ kentang. nampak dia suka.. esok akan tambah lg.. maybe ayam & carrot

fyzhuss said...

Tq sangat sangat sangat. Membantu sgt info ni huhu excitednya anak dh boleh mula makan slain susu hehe..trma kasih ya.

a.m.e.l.i.a.t.i said...

good tips. saye bagi anak saye mkn semua jenis cerelac. N also bubur nasi resipi u ni. TQ.

do visit my blog,
http://ameliati.blogspot.com/

Anonymous said...

Sorry, WHO dah menyarankan waktu paling baik untuk bayi mula makan adalah pada umur 6 bulan dan ke atas. Bawah 6 bulan, buah pinggang bayi belum cukup kuat untuk memproses apa-apa makanan selain susu,terutama susu ibu. Akibat daripada memberi makan kepada bayi terlalu awal memang tidak nampak sekarang, tapi masa akan datang. Masalah utama sembelit pada bayi dan kanak2 adalah dari pemakanan yg salah.

Guhj said...

Byk group baby, baby mula refuse mknan sebab dah ajar bg benda yg ada rasa. Cerelac pkar knk2 ckp x bgus utk baby sbab ia cnsider mknan segera. 6mnths ajar pure dulu sebab pure ni tekstur lmbut n mudah hadam utk usus baby. Seafood plak after 1 yrs baru i bagi try.. I terkejut sebab ada org letak garam dlm mknanan baby.. Allah kesian anak

Unknown said...

bby sy da 6 bulan tp stiap hari dia akn berak cair sgt mcm cirit birit smnjak sy bg mkn bbur nasi.. is that normal

Mimy mya-zana said...

Betoiiii

Mimy mya-zana said...
This comment has been removed by the author.