Esok - sabtu 23.05.15 malam ,rumah saya akan digunakan untuk perjumpaan penduduk selorong sambil berparty BBQ . Saya mengambil keputusan untuk bersihkan dan sediakan rumah hari ni . Esok boleh tumpukan untuk persediaan lain.
Semenjak berpindah ke tempat baru ni , kami belum berkesempatan buat House Warming . Pada saya , kami tidak berapa perlukan house warming sebab sentiasa welcome sesiapa saya yang mahu berkunjung dan Alhamdulillah , rumah kami tidak pernah sunyi saban minggu . Namun , tetap ada niat untuk buat kenduri yang boleh mengumpulkan saudara , sahabat handai ,jiran dan kenalan serentak . Moga diberikan kesempatan dan rezeki olehNya .
Minggu ini melalui group whatapp , jiran selorong menyatakan tentang rancangan majlis BBQ.Atas beberapa alasan , rumah kami telah dipilih untuk menjadi tempat berlansungnya majlis . Kami sangat berbesar hati . Moga majlis esok berjalan lancar dan mendapat keberkatan demi mengeratkan silaturahim antara kami yang berjiran ini.
Namun..... janji menghantar sebutharga kepada beberapa syarikat tetap perlu ditunaikan . Email order berbayar dari para admin MPS perlu diproses dan dilanjutkan ke bahagian packing & delivery . Amanah tetap amanah yang wajib dilunaskan .
Tiba-tiba saya mendapat idea lagi bagaimana job delegation ini boleh diperkemaskan lagi dan memberi saya lebih kebebasan . Alhamdulillah , semuanya ilham yang dicetuskan olehNya .
Kyomo, gambarimashou!!
