Menjelang Aidilfitri 2011 , terfikir untuk menempah alas meja kerana tak jumpa warna dan saiz sesuai kat pasaran.. dan sangat suka dengan hasil karya dari Niesa'95 Collection ... terima kasih Eyta !
lamanya tak lawat blog yang ni ..sibuk betul dengan rutin harian sekarang . Walaupun sibuk tapi hati dah tak sabar nak mengabadikan beberapa hasil karya insan-insan kesayangan saya ..banyak dalam simpanan ..saya akan post mengikut kesempatan..
hari ni saya post Karya Sulaman Reben .Asalnya saya tempah sebab terpesona dengan keindahan sulaman yang seakan hidup ..dan minta terus dibingkaikan ..dipenghujung hari , saya menerima karya ini sebagai hadiah hari lahir . Terima kasih tak terhingga kepada kak cikdah dan kak ujie ! sayang akak berdua !