Followers

Showing posts with label Idea menghias. Show all posts
Showing posts with label Idea menghias. Show all posts

Thursday, November 22, 2012

purple and red quite nice !

seminggu lepas , adik serah benda2 ni utk digubah..hati meronta2 nak buat masa tu juga tapi tak dapat cari masa sesuai..



dalam kesibukan , keluar dari rutin sebentar untuk  melayan hobi yg lama dipinggirkan..
... ambik masa kurang 1/2 jam sambil bual2 dgn ipar duai ... taraaaa!!! dah siap !


Thursday, September 2, 2010

COUNTRY STYLE BEDROOM DESIGN..cuba lari dari imej putih yg biasa dikaitkan..

selamat meneruskan ibadah puasa yang semakin menghampiri penghujung ( cepatnya! ) dan selamat menyambut hari raya yang bakal tiba..



hari ni terfikir tentang susun atur bilik tidur utama..saya sangat suka " country style" ( gaya kampung??ha!ha! ..patutla pun..saya pun org kampung )..



kalau selak majalah atau menonton tv tempatan..sebut je country/english style..mesti perabot putih..lepas tu mesti bunga ros..memang le tema tu sinonim sangat ..tapi saya kurang gemar lah pulak!..ada semacam kurang keserasian kot di mata saya...



pada saya yang almost tak de ilmu dalam bidang interior design ni , bila sebut "country style" je, dalam kepala terbayang bunga-bungaan dan warna alam semulajadi yang digabungkan dengan begitu harmoni..nak cerita pun susah ..lebih senang saya ceritakan dengan gambar yang saya lampirkan di sini ...gambar-gambar yang mencuri perhatian saya

suka sangat dengan gaya ni..perabot berwarna ( saya lebih suka warna oak ) , pencahayaan yg baik,dinding dan langsir polos memberi suasana tenang dipadankan dgn cadar berbunga sarat dan carpet bercorak sederhana ..wow!..bila dah ada rumah utk settle down nanti , gaya ni pasti dipertimbangkan!

gaya ni pulak lebih segar dan sesuai untuk mengaktifkan mood !..pilihan kertas dinding ( hmm..saya tak berapa berminat kot! sebab suka tukar-tukar warna dinding ) dipadankan cadar yang agak bertentangan warnanya..tak sangka menarik juga!



..kalau punya rumah papan ( sekarang mahal giler nak buat rumah papan ! ) ..banyak yg saya bayangkan..sesapa yang ada rumah kampung tu, boleh je nak cuba mewahkan gaya bilik kita tu!..of course langsir , cadar dan warna dinding yang sesuai mampu men'transformasi'kan gaya biasa yang kita tengok kat rumah kampung..kengkadang bukan apa..lupa nak ambil kesah atau fikir tak mampu..boleh je sebenarnya ikut kemampuan yang ada..kena kreatif sikit je!..



haa!!! ni baru betul ! I LIKE !!..tiraikan katil tu , tiraikan tingkap-tingkap tu dengan warna lembut,tambah sofa cleopatra ,carpet yang gebu-gebu, gubahan bunga gaya inggeris ...perfect !



gaya ni sangat biasa..susun atur yang ada hampir di semua rumah kot!..pilihan cadar dan langsir je dah mampu menaikkan seri dan mengubah gaya bilik ni !..tak perlu perabot putih kan?


kalau takat ada katil besi je..tak yah la berangan...SAPA KATA??!!..boleh je jadi cantik ..kita yang buat dia..cadar tu buat sendiri pun boleh..mak saya dulu selalu buat selimut cam ni sebab banyak sangat kain perca ( biasalah tukang jahit ! )

..dan rajinkan sikit lagi..tukar cat , pilih warna yang kengkadang tak terfikir .., beli kain langsir yang murah pun tak pe tapi kreatif kan sikit masa menjahit tu , seragamkan dgn kusyen ( boleh buat sendiri gak! ) ..tak de masalah kan?!....sometimes..tak sangka kita mampu ubah gaya bilik kita dari biasa kepada luar biasa cam ni!
...cuma kengkadang masa dan alasan menjadi musuh utama kita.....he!he!...
ref. cadar gaya inggeris











Tuesday, August 24, 2010

KIDS BEDROOM..sesuatu yg kerap diabaikan..

bilik anak-anak ....hmm..selalunya "bilik" tu ada ..cuma sejauh mana eksklusifnya bilik tu milik anak kita? ada kala cuma menjadi tempat simpan barang-barang yang kita dah tak tau nak letak mana ..ada kala cuma jadi bilik bacaan dan tempat simpan beg dan buku sekolah ..ada kala bertukar menjadi bilik tetamu...

masalah anak tidak mahu tidur bilik sendiri pun banyak juga..samaada anak kurang berminat tidur di bilik sendiri atau kita sendiri kurang menggalakkan mereka .



antara penyelesaian mudah ialah menghias bilik mereka mengikut citarasa anak-anak kita dengan sentuhan warna ceria atau lembut....terfikir pulak tentang kos ye tak?..



Kalau tidak punya extra budget , tak perlu mengubah suai bilik anak kita untuk menjadikan ia menarik hati mereka..ada cara utk meminimumkan kos tersebut..cuma kembali ke bilik anak kita..lihat apa yg ada..



perkara asas yang perlu ada untuk bilik anak kita
-Katil
-almari pakaian
-rak/almari buku
-rak/kotak mainan



sekarang fikirkan pula tentang warna kegemaran anak..kat sini kena rajin sikitlah..perkara perlu utk menceriakan bilik anak
-ubah susun atur bilik ( penting menitikberatkan kedudukan setiap perabot agar fungsinya tidak terganggu selain sedap mata memandang bila dijenguk dari pintu ..)
-tukar cat dinding( cat sendiri lebih baik)
-tukar langsir
-tukar cadar
-beli carpet jika perlu utk menaik seri..



ni antara contoh bilik kanak-kanak yang menarik hati saya ..punya kelengkapan asas utk bilik anak , ringkas tetapi amat ceria jika mendapat sentuhan warna dan susun atur yang betul..

pilihan warna dinding dan cadar menaik seri ..sangat sempurna jika berlangsir ringkas putih+merah

perfect utk anak perempuan yg penuh imiginasi..dan leka dengan buku-buku cerita..


anak bujang kita pasti tak sabar melompat atas katil kalau kita dah tukar bilik mereka jadi begini!

contoh terbaik yang tidak membezakan jantina..kadang2 kakak dan adik lelaki berkongsi bilik kan..pilihan warna sebegini sangat sesuai..

sekali pandang , macam mewah je bilik-bilik ni kan.. cuba perhatikan semula..
cuma ada katil, almari pakaian , rak buku , rak mainan , meja belajar ..sangat asas..yang memainkan peranan adalah susun atur dan pilihan warna..segalanya ditangan kita dan bagaimana kita berusaha mengeluarkan idea kreatif demi keceriaan anak kita .
SELAMAT MENGHIAS BILIK ANAK!..(juga untuk saya ! hu!hu! )
bedding ref:
Special Cartoon ( coming soon ! )