Followers

Thursday, September 23, 2010

LEMANG DAN KUIH RAYA

hari ni dah hampir separuh syawal berlalu ..masih mood aidilfitri..fikiran pun masih mood raya..


browse photo raya , tertarik dgn gambar lemang!..pada saya , pemandangan ni biasa waktu nak sambut Ramadhan dan Aidilfitri . Terdetik di hati , mungkin ramai juga tidak pernah merasai pengalaman penyediaan lemang..jadi , saya kongsikan sedikit di sini..


mak saya memang pakar , saya pulak pakar menyibuk!


..ayah suka cari buluh lemang sendiri..mak sediakan daun ..masukkan dalam buluh..ada teknik utk potong dan masukkan daun tu..


kemudian masukkan beras pulut yg telah direndam terlebih dahulu dan digaul santan dan garam..




..sukatan lebih kurang macam ni lah..

..tutup dgn gumpalan daun pisang dan sedia untuk dibakar

..api untuk bakar lemang disediakan lebih awal untuk dapatkan bara api..(bukan bakar dgn api besar macam kita nampak org berniaga tepi jalan tu!)


lemang yang dah siap dibakar..sambil masak rendang !



juadah wajib raya dah sedia !



pada saya lemang mak "the best !"..biasalah , anak suka air tangan mak..tapi tiap org yg pernah rasa , juga berpendapat yang sama..

teringat lebih 10 tahun lepas..ada kawan mak dari KL datang dan tempah lemang dgn mak..mak terkejut sebab tak tau pun tempah lemang dah jadi trend juga masa tu..mak tak tau letak harga berapa ..tapi lepas didesak kawan , dia kata RM5 sebatang(sambil fikir..mahal kot)..kawan dia terperanjat dan bagi RM10 utk tiap batang yg dia tempah...
tapi yg nyata..mak tak selesa menerima tempahan lemang..dia suka org datang makan lemang yg dimasak kat rumahnya..walaupun mak tak berapa sihat sekarang , tapi mak tetap memilih untuk bakar lemang sendiri setiap kali menyambut Ramadhan dan Aidilfitri..


INFO :
harga pasaran lemang ialah RM7-RM15 sebatang..pernah beli tapi selalu hampa..mungkin saya dah terbiasa dengan lemang mak..

...dan ni pulak kuih raya hasil air tangan saya , anak dara (12) dan anak bujang (10) saya tahun ni..first time buat ni! ..dalam sibuk buat persiapan untuk 2 perkara penting dalam syawal tahun ni iaitu UPSR dan Aidilfitri , anak dara saya tu lebih bersemangat buat kuih raya !
..boleh lah untuk yg baru mencuba !









SELAMAT HARI RAYA DAN pada anak-anak yang terlibat , SELAMAT MENDUDUKI UPSR dan PSRA !

2 comments:

Eija said...

huhu..bila tngk gambar2 ni rasa mcm nak makan lagi la plak....

Bongah said...

lemang & rendang... bestnya. lemang terutama yang bahagian hujung, makan masa baru lepas angkat. lemak sungguh