Menjadikannya pengilang ?
menjadikannya pembekal?
menjadikannya pusat pemborong ?
menjadikannya peruncit ?
Kebanyakan usahawan membuat keputusan berdasarkan potensi perniagaan , penerimaan pasaran , untung rugi pelaburan dan lain-lain yang bersifat material .
Saya sangat berbeza bila membuat keputusan perniagaan . Yang pastinya akan dikecam jika saya mempunyai pemegang saham lain . Saya membuat keputusan perniagaan berdasarkan kapasiti saya sebagai seorang isteri , ibu , anak sulung , menantu dan faktor umur saya . Kemudian diikuti dengan kesesuaian masa dari faktor-faktor tadi untuk membolehkan saya menguruskan perniagaan dengan mudah .
Saya tidak dapat mengikuti nasihat kebanyakan "sifu" perniagaan yang terkenal di dunia internet terutamanya di FB kerana kebanyakannya tidak sesuai dengan "priority" saya . Saya tetap seorang isteri dan ibu yang menguruskan keluarga saya tanpa pembantu rumah setakat ini . Saya masih menghantar anak-anak ke sekolah . Saya masih melakukan segala rutin rumahtangga seperti biasa ..ada yang sangka , saya tidak lagi mencuci tandas..he he.. kalau dah rutin rumahtangga , dapat elak ke ? . Saya masih menjenguk ibubapa , mertua dan keluarga sekerap mungkin dan sentiasa menerima kunjungan tetamu saban minggu ke rumah saya dan keluar dengan keluarga menonton , makan-makan , hadir kenduri dan sebagainya . Secara dasarnya , masa saya sudah terlalu penuh dengan rutin-rutin biasa ini dan saya mahu ia terus kekal begitu . Oleh itu , saya mengatur perniagaan dengan sangat berhati-hati supaya berkembang dengan baik tetapi tidak memberi kesan sampingan yang negatif kepada keluarga saya . Komitmen saya sentiasa berpada-pada . Saya tidak boleh mewujudkan sebarang kerugian sepanjang operasi dan Alhamdulillah sehingga ke hari ini , Allah masih memakbulkan posisi tersebut.
Saya mahu menjadikan Maryna sebuah perniagaan yang kukuh , sebaris dengan syarikat korporat yang lain . Cita-cita saya tidak sampai untuk menyenaraikannya di bursa saham tetapi cukuplah ia menjadi syarikat yang kukuh , yang boleh memberi manfaat kepada sekeliling . Menyediakan persekitaran dan kehidupan selesa untuk warga Maryna dan mereka2 yang terlibat secara lansung . Saya sedih melihat kehidupan sukar mereka-mereka yang rapat disekeliling saya . Saya berharap ada satu medium yang kukuh untuk memudahkan mereka meleraikan kekusutan yang dialami hari-hari .Ini yang saya harap mampu dilakukan Maryna nanti . Ye , saya menguruskan Maryna secara sambilan tetapi saya tidak lagi membiarkan Maryna menjadi perniagaan sambilan surirumah biasa . Saya membawa Maryna berkembang untuk menjadi syarikat yang serius dan dicari oleh pasarannya . Setiap hari saya merancang sesuatu untuk meneruskan langkah Maryna setapak demi setapak .
Usia saya semakin meningkat . Hasrat saya untuk akhirat perlu seiring . Saya tidak boleh menjadikan Maryna menyibukkan saya dengan aktiviti dunia saja . Maryna perlu mula pandai berkembang sendiri dan melepaskan penggantungan kepada saya sedikit demi sedikit .
Satu langkah lagi , akan siap http://www.marynapackaging.com.my
Terlalu awal untuk bercerita tentang ini . Harapan saya ia bakal menjadi platform e-commerce utama untuk packaging material suatu hari nanti .
Saya dan tulang belakang Maryna di awal rombakan strategi ..mereka masih kekal bersama kami hingga hari ini ..Alhamdulillah. |
No comments:
Post a Comment