...oh! bunga pulak dah !! ...hu!hu!...
pada yang tahu , harwaty sinonim dengan bunga..walaupun bukan 'bunga-bunga'
semenjak berpindah ke sini pada Nov.07 , dah lama saya tinggalkan bidang gubah-menggubah ni
Boleh dikatakan ini adalah hobi saya yang utama . Tapi mana boleh buat gubahan banyak-banyak tanpa tujuan..sebab hasilnya dalam bentuk 'material'..mana saya nak letak? Kerana itu, hobi ini pernah menjadi punca pendapatan tambahan saya . Hobi yang saya pasarkan dari rumah , sesuai dengan status saya sebagai surirumah , di bawah lesen " I FLORAL & GIFT IDEAS " dan di bawah jenama HANAMARU....sekarang persoalan kenapa ada logo 'hanamaru' di blog saya hampir saya jawab sepenuhnya..
saya sentiasa gembira jika dapat menatap bunga-bungaan ..tak kiralah , bunga segar atau bunga tiruan ..salah satu cara untuk saya mendapat ketenangan ..nak kata untung sangat tu tidaklah kerana saya tidak mensasarkan keuntungan jika menggubah ..namun tidak pula saya meletakkan diri saya dalam kerugian . Gubahan tetap ' hobi ' di hati saya ..sehingga kini. Saya cukup gembira jika mereka yang menempah gubahan saya untuk hiasan kediaman , pejabat , majlis rasmi dan tanda penghargaan kepada rakan perniagaan , berpuas hati dengan hasil yang mereka harapkan ..memang itulah niat saya ..dan harapnya memang selalu begitu..Saya tidak pernah menganggap saya mahir menggubah tapi saya 'suka' menggubah dengan cara saya ...kerana itu saya panggil " gubahan cara harwaty !"..tidak lah seistimewa mana ...
saya selalu menitikberatkan pemilihan kualiti bunga , warna , pasu , kehalusan rekaan bunga , daun-daun dan bunga-bungaan tambahan , suasana dan tujuan ruang yang akan dihias , warna persekitaran , imiginasi tentang alam dan ketelitian ketika menghasilkan gubahan . saya juga suka berkongsi pengalaman menggubah ini dan ingin bertukar pendapat dengan sesiapa sahaja yang mempunyai minat yang sama ..
semenjak minggu lepas , hati saya kembali 'berbunga' untuk menggubah..tambahan apabila ramai yang bertanya ..bukan untuk menempah ( saya faham , bunga bukan 'makanan' yang boleh ditempah berulang kali ) tetapi mereka juga suka menatap hasil tangan saya seperti biasa ..dan kelmarin saya telah menghasilkan 2 gubahan yang saya anggap sebagai 'salam perkenalan' di kajang dan kawasan sekitar.
seperti biasa juga , saya menawarkan gubahan ini untuk dimiliki sesiapa sahaja . Yang berbeza , saya tidak lagi menawarkan perkhidmatan penghantaran seperti di johor dahulu , kecuali ke zon yang termampu saya jangkau .Tentang harga , saya yakin ia sentiasa berada di paras terbaik kerana dalam bidang gubahan , 'keuntungan' bukanlah sasaran utama saya .Saya meletakkan harga mengikut paras harga material yang saya perolehi ...dan saya sememangnya suka mencari yang terbaik pada harga terbaik ..kadangkala perlu ada 'justification' tetapi saya masih seorang 'purchaser' yang cerewet!
foto 'gubahan cara harwaty ' akan saya 'publish' sebentar lagi ...saya juga dalam usaha untuk menghasilkan ruangan menggubah 'step by step'...tunggu!!
No comments:
Post a Comment