Followers

Wednesday, December 15, 2010

TM oh TM!

Sunyi sepi je blog ni....bukan tak de idea , bukan tak de mood ..cuma rasa kecewa ..menunggu sehingga dapat on-line menggunakan streamyx semula ..selama ni saya pengguna setia TM streamyx..berpindah kali pertama , saya bawa account lama ..ni berpindah lagi , saya masih mengekalkan account lama ..cuma memohon memohon perpindahan line instead of potong talian dan apply baru..saya ingatkan prosedure tu lebih mudah ..TETAPI!! DAH DEKAT 2 BULAN TUNGGU DAH NI, SAYA MASIH TAK DAPAT TALIAN SAYA!!..

awalnya, saya rela hati penyambungan ambil masa kerana kawasan baru , belum ada kabel katanya..saya mula panas hati bila dengar kabel dah siap dah..

yang amat mengecewakan saya ialah , alasan-alasan dari customer service baik secara telephone , juga kedai TM ..semua alasan seperti " ASAL ADA JAWAPAN JE " ..walaupun dijawab secara AMAT BERHEMAH(credit sikit!) , tetapi tak membawa apa2 makna tanpa sebarang tindak balas ...setidak2nya telefon dan maklumkan lah pada saya tentang status permohonan saya ke...harap je lah!..

follow-up je pun dah cukup buat saya letih! ..
saya terpaksa menunggu lama , pegang hp sampai lenguh lengan dan sengal telinga..baru panggilan saya dijawab..tu pun selepas talipon kali ke berapa tah...nasib baik ada hp..kalo tak camana nak mengadu kat customer service?..public phone dah la tak nampak tiang..guna phone ofis?..saya tak de ofis la pulak!
abih2 customer service tu kata " cuba ke kedai TM.."..takat nak tanya status je pun kena pegi ke??..ok , saya pegi ..beratur kat customer service/reception untuk ambik no..ada computer tapi dia kata tak leh check status..sistem tergendala..ambik no, tunggu giliran. Dah lama tunggu sampai baby saya dah meragam , no masih tak naik..org tak la ramai sangat tapi no. yang bermula dari angka lain je asik kena panggil..no saya tak bergerak jugak!

saya pegi kat customer service yg bagi no . dan saya tanya :" nak tanya status pun kena berjam juga ke menunggu??"
dia kata : " tak boleh check kat sini la puan..sistem tergendala..kena tunggu juga"..
(dalam hati : aik!..company besar cam ni pun tak leh handle masalah sistem tergendala?)

selepas lama tunggu , no.masih tak dipanggil , baby pun dah tak boleh dipujuk..saya angkat kaki..

dah keluar kedai , boleh pulak customer service tu kejar saya ,minta no. account dan hp no. saya sambil kata " dalam sistem tak de rekod permohonan puan!"..
aik??!! macamana dia tau tak de rekod? tadi kata tak boleh check ..yg penting , baru ni dia minta no. account , bila masa dia check tak de rekod tu?? ..tapi saya diam je ( dah marah sangat!) sambil bagi apa yg dia minta dan dia janji akan call semula utk maklumkan status..

and till todate , dah seminggu berlalu ..sepi tanpa sebarang berita ..sama seperti a few series of follow-up yang saya buat sebelum ni...apa nak jadi lah TM ni!!..agaknya kalo saya pegi lagi sekali , jawapan" tak de rekod permohonan "masih berulang kot!..kalo betul gitu , nape tak bagi borang permohonan utk saya isi semula??..alasan ringan je kat bibir diorng..tak munasabah lak tu!..or , org yg saya submit borang tu MALAS..dan tak key-in borang saya..buat bungkus goreng pisang kot!

kalo ada org TM yang terbaca , sampai-sampaikan lah kat yg bertanggung jawab tu..kalau ada apa2 masalah , cubalah lebih bertanggungjawab untuk memaklumkan customer situasi sebenar . secara peribadi , saya anggap perkhidmatan TM( lebih spesifik..kedai TM kajang dan juga calling centre ) amat mengecewakan ..penyampaian maklumat dari customer service juga sangat lemah termasuk menerangkan produk TM yang ada ..sehingga pelanggan kadangkala melanggan service yang tidak sesuai (dgn kos) walhal ada service yang lebih baik boleh digunakan..

alah..cakap pun tak guna...apa pun situasi , pelanggan juga yang bodoh , pelanggan juga yang tak memahami , pelanggan juga yang tak sabar...

..buat masa ni kita gunalah provider lain ye...

No comments: