Followers

Thursday, February 24, 2011

TM , online dan Laurea ..Laurea?

Alhamdulillah , hari ni adalah hari ke-3 saya boleh on-line menggunakan STREAMYX broadband seperti sediakala selepas sepi tanpanya hampir 4 bulan akibat perpindahan ..


KREDIT KEPADA EN.RAMLI - kaunter TM point Kajang
setelah pelbagai kekeliruan , kecelaruan dan beberapa siri kunjungan ke kedai TM akhirnya aduan saya terkena ke kaunter staff yang saya kira senior . Kredit kepada En.Ramli- TM point Kajang ( ikut nama pada nametag beliau) kerana menguruskan segala permasalahan berbangkit ( yg dikatakan masalah teknikal ) dengan amat teratur , mesra , jelas , cepat ( tak sampai 1/2 jam) dan yang penting ...semua masalah ( billing , line dan internet ) DAH SELESAI dan semua nya cuma mengambil masa 3 hari bekerja ! (..tak susah kalau kita betul mendengar,memahami dan menguruskan dengan teratur..)
staff yang lain patut mencontohi kecekapan dan sistem beliau menguruskan perkara yang dibawa pelanggan ke kedai TM (..pengalaman ke-2 saya berurusan dengan beliau..yg pertama pada 3 tahun lepas kalau tak silap.....both +ve!)


SAYA dan LAUREA
Dengan rasminya saya mengumumkan yang saya bukan lagi pengedar sah LAUREA BEDDING SET. Dengan ini , saya tidak lagi menguruskan sebarang pesanan cadar Laurea . Terima kasih atas sokongan , kepercayaan dan kerjasama semua yang terdiri dari keluarga , saudara-mara , rakan-rakan , pelanggan dan pihak pengurusan Laurea Homefurnishing .

No comments: