Assalamualaikum/salam sejahtera,
melihat kepada pelbagai PRODUK yang indah di hadapan mata menggamit rasa 'ingin memiliki 'tetapi menjadi perkara biasa untuk kita menilai kembali sebarang keputusan 'ingin memiliki' yang kita akan buat . Pelbagai faktor berkaitan terutamanya kekangan kewangan pastinya selalu membantutkan keputusan itu walhal perasaan 'ingin memiliki ' itu tidak akan pernah padam.
selalu kita terasa inginkan sesuatu ....jika kita subjekkan kepada wanita..hmm..pastinya benda yang cantik-cantik. Kebanyakannya untuk kepuasan diri dan kebahagiaan insan tersayang yang berada di sekeliling..tetapi berapa peratuskah perasaan itu mampu kita zahirkan ke alam nyata . Pelbagai kekangan yang menghambat di sekeliling memaksa kita menyimpan 'sementara' atau menguburkan terus impian 'ingin memiliki' tersebut , juga demi kepuasan diri dan kebahagiaan insan tersayang yang berada di sekeliling ..itu lah wanita yang tipikal..termasuklah saya..
Setiap kali melihat produk-produk yang perlu dibeli , pelbagai isu bermain di fikiran saya . Budget..mengganggu belanja yang lain tak? , kesesuaian , keperluan atau cuma 'menyemak' ruang , berbaloikah? , adakah pilihan terbaik? dan bermacam-macam...termasuk isu remeh-temeh yang biasanya tak terfikir dek orang lelaki hu!hu!...tetapi yang utama , adakah pelaburan yang dibuat itu benar-benar berbaloi .Ada masa saya mengharapkan kita ditawarkan sesuatu yang lebih baik ...dari segi kualiti hinggalah cara pindah miliknya...senang cakap , harapkan sesuatu yang berbaloi dimiliki dengan cara yang mudah dan tidak membebankan..
bertitik tolak dari situ lah , wujudnya blog ini..ingin menyenaraikan apa sahaja produk yang saya sukai sambil berkongsi cara memiliki yang mudah supaya perasaan ' ingin memiliki ' yang selalu kita pendamkan dapat kita realisasikan .
saya juga amat berbesar hati jika blogger juga dapat berkongsi rasa tentang apa yang 'ingin dimiliki' ketika ini...
4 comments:
Rasa "ingin memiliki"?..agak tertarik dengan isu ni..keinginan untuk memiliki ni memang xpernah padam (terutamanya bila dah gaji kan..)Bak kata Pn. Harwaty..banyak benda nak dipertimbangkan bila timbul isu ingin memiliki.Betullah tu..tp adakalanya rasa ingin memiliki ni perlu dilayan supaya dapat memuaskan hati yang selalu sangat beralah dengan faktor yang menyebabkan keinginan tu xtercapai.Alih2 menyesal sendiri bila benda yang nak dimiliki xkesampaian.Apa salahnya sekali sekala melayan kehendak sendiri asalkan gembira.Nak tunggu org lain yang bagi entah bila kan.Macam saya ni..rasa berkenan je tngk cadar kat blog Pn. Harwaty ni...tu jual ke cadar kat bilik sendiri?..klu jual xkan satu tu je..meh la tunjuk bebanyak..klu sendiri punya nak juga tau kat mana leh beli..boleh la mengisi keinginan untuk memiliki cadar ni.Letak kat bilik mesti cantik..hehehe..
Anonymous said...

nampak cantik cantik semuanya. mesti tido lena. rasa rugi kalau tak beli. byrn mcm mane?. kalau ok bercadar barulah katil ye.... berseri seri bilik....
nak memiliki cadar ni mudah saja , pilih design code dan e-mail saya di harwatyw@yahoo.com or call me at 016-7439740 . Bila confirm stock ada , bank in / transfer payment ke maybank account , about 1 week dah boleh dapat barang ...for order , please directly e-mail / call ok..
tq!...tak perlu nak penat-penat redah jem , cari parking ,penat berjalan ,kos parking , kos makan dan misc.cost lagi kalau yang berjalan dgn anak he he...tapi belum tentu dapat yang berkenan di hati ..silap-silap duit habis ke lain,barang yang nak dicari tak dapat..hu!hu!...
Post a Comment