Followers

Friday, March 11, 2011

LOST WORLD OF TAMBUN-IPOH

Inilah destinasi pada hari ke2 percutian tahun lepas (19/6/2010)..LOST WORLD OF TAMBUN..satu lagi water park yg diusahakan oleh SUNWAY ..

tahun lepas , entrance fee murah lagi..baru RM25 sorang (tahun ni dah naik sebab attraction dah bertambah ( RM38/adult , RM32/children )..tapi memang berbaloi dibayar .

pada kami , sini sangat berbeza dan sangat menarik kerana keindahan pemandangan alam semulajadi(berbanding sunway lagoon yang sepenuhnya buatan) , macam2 gelongsor , ada KOLAM AIR PANAS ( BEST UTK KITA LAH!!..budak2 pun suka ),boleh tengok harimau dan macam2 binatang..harimau tu selebriti yg berlakon dalam WARIS JARI HANTU tu! , facility yg baik dan selesa merangkumi locker barangan , pondok utk dijadikan port berehat ,tempat makan yg selesa dan banyak pilihan , toilet & shower room ,surau hinggalah ke mini clinic..staff pun sangat peramah ..selain tu banyak lagi lah yang menarik..

Lokasi yg sangat sesuai untuk bergembira seisi keluarga..saya bagi 8/10 lah ! ..ni adalah kunjungan kali ke 3!! dan pasti kami akan ke sana lagi!

layan gambar ye!!






bergambar kenangan dipintu masuk



antara permainan yg ada



pantai buatan ..pasir memutih..tak sabar nak berendam!



kalau rasa diri tu bebudak lagi..atau takut nak main gelongsor yang xtreem..boleh la lepak sini!



berjaya pusing pulau..hepi sangat sebab tak sesat ke laut..he!he!




posing sikit dengan hero2 saya nih!..cantik nya pemandangan tu!



kolam air panas ..memang merehatkan!



belakang tu antara pondok berehat..



pemandangan hutan batu kapur yang indah




kat mini petting zoo..zoo kecil dalam alam semulajadi..




pastikan stamina cukup nak pikul anak2 yg takut binatang kat keliling ye!


ratusan monyet akan berlari turun bila kita ketuk alat yg disediakan di zoo ni..seronok!






bernasib baik tengok merak berlegar2 keliling kita!


sayalah yg paling penat layan semua orang main!



dah letih mandi , main tanam2 pulak!




semua dah kepenatan dan muka dah terbakar..tapi seronok dan puas punya pasal , masih boleh senyum!


antara lokasi terbaik nak berposing!



dah penat main , tentu perut lapar ...kami menyinggah untuk makan malam di sebuah restoren berhampiran theme park ni..murah dan sedap! tak sampai Rm200 untuk kumpulan kami yang ramai ni cuma tak ingat apa nama restoren tu!..bukan restoren depan theme park tu tau!..kena keluar lepaskan giant dan lepaskan petrol station(petronas kot!) ..ada deret kedai..ada pondok restoren sebelah deret kedai tu..kat situlah kami makan..

Esoknya cadang nak serbu place of interest sekitar Ipoh tapi sebab tak puas hati tak habis round Cameron..kami akan serbu Cameron semula melalui Simpang Pulai pulak!





No comments: