20/6/10 , hari ke-3 ..bergerak dari Tower Regency Hotel Ipoh menuju Cameron Highland lagi melalui Simpang Pulai dan turun untuk balik melalui Tapah. Jalan di Simpang Pulai lebih luas ..pemandangan indah tetapi biasa . Kurang unik berbanding melalui Tapah walaupun jalan lebih sempit dan berliku.
planning hari ini cuma melengkapkan lawatan ke Cameron ..iaitu Boh Tea Plantation dan Boh Tea Centre di Sungai Palas . Cuma ada laluan kecil untuk naik ke situ..kalau tak perasan , boleh terlepas simpang..kalau tak silap naik simpang berdepan dengan Kea's Farm (ingat2 lupa la..)
Kami melengkapkan beli-belah dengan singgah gerai2 tepi jalan sepanjang perjalanan turun utk balik menuju Tapah.
Keseluruhannya , Cameron Highland semakin kurang keistimewaannya ..suhu yang semakin meningkat membuatkan tanaman dan keindahan alam semulajadi tidak seunik dan sesubur dulu.Apa yang saya perhatikan , Cameron Highland masih popular kerana reputasi yang telah terbina dari dulu tetapi keistimewaannya sebagai tanah tinggi yang bersuhu sejuk , hutan yang agak berbeza dengan kawasan lain , ladang teh yang subur ,bunga-bungaan yang cantik dan boleh dilihat merata-rata , sayuran yang besar-besar dan subur dan lain2 pemandangan yang sering dikaitkan dengan Cameron Highland sudah semakin hilang..walaupun begitu , masih banyak tempat untuk dilawati dan lawatan selama 2 atau 3 hari tidak mungkin cukup jika kita benar2 ingin memahami Cameron Highland.
pemandangan yang boleh dinikmati jika melalui simpang pulai..
singgah di Kedai Teh Cameronian..sempat rasa strawberry cup cake and cheese cake kat sini..
glamour ayahku!
park keta kat kawasan lapang yang ada rumah2 papan warna hijau kat kaki bukit sebelum meneruskan pendakian ke Boh Tea Centre..
ada 2 laluan..bertangga dan jalan kecil berturap..rasa cam jungle tracking pun ada!
berjaya sampai!!
Info tentang sejarah Ladang Teh Boh boleh didapati sepanjang laluan ke Kilang..respect kat ayah sebab pengetahuan dia lebih dari kami nih!
pintu masuk ke kilang..kami main terjah je..rupa2nya , kena berkumpul kat pintu depan tu dan tunggu tourist guide..he!he!..tak perasan!
proses pembuatan teh boleh dilihat di sini..tapi rasanya ni cuma utk ditunjukkan pada visitor je..kilang lama dulu2..
bergambar depan Cafe..sempat juga minum petang kat sini sebelum turun..
laluan yang sangat sempit..kena bertolak ansur jika berselisih kereta..
Shopping time lagi!!..singgah je kat gerai2 tepi jalan tu..tu ayah pegang pokok halau nyamuk..ayah tanam kat mana eh?banyak je nyamuk lagi kat kg he!he!
pastikan bonet cukup besar ..kalau tak , ingat2 lah bila singgah-menyinggah tu..
bawa anak2 melalui jalan berliku,sudah pasti pelbagai insiden berlaku..cari je ruang tepi jalan utk re-fresh!
Alhamdulillah , kami tiba rumah dengan selamat dan tiada insiden yang tak diingini sepanjang perjalanan..Syukur!
No comments:
Post a Comment