klik link untuk membaca :
KETUA PENGARAH MAJLIS KESELAMATAN NEGARA melaporkan tentang pengurusan banjir 2013 ini
Alhamdulillah dan sedikit pendapat saya yg berlandaskan hati seorang rakyat.Tiada kaitan dengan mana-mana parti politik.
Quote dari artikel di link tersebut :
"Melihatkan keadaan semasa banjir yang melanda negara, MKN perhatikan ramai yang cuba membandingkan Malaysia dengan negara Jepun yang dikatakan lebih unggul dalam menguruskan bencana. Walaupun ia adalah suatu perkara yang positif bertujuan penambahbaikan, namun adakah mereka ini sedar bahawa apabila negara Jepun dilanda bencana, semua pihak di segenap lapisan masyarakat meletakkan perbezaan fahaman politik dan ideologi mereka ketepi dan berganding bahu untuk menangani krisis yang dihadapi.
Kerajaan Jepun seperti lain-lain negara yang dilanda bencana yang diluar jangkaan atau berskala besar turut mengalami masalah untuk menguruskannya di peringkat awalan. Menyedari hakikat ini, masyarakat setempat serta organisasi sukarelawan tempatan memainkan peranan mereka sebelum ketibaan pihak berkuasa"
Pendapat saya pula :
Langkah persediaan menghadapi bencana yg dirangka dari september katanya,nampak cantik pada angka dan teorinya ..pun begitu ,suasana panik dan kerosakan akibat gelombang banjir kali ini masih luar biasa.
Jika benar ada persediaan menghadapi bencana yg sebegini hebat, kita masih perlu sedikit lagi usaha supaya setiap lapisan rakyat , di mana sahaja tahu langkah demi langkah yg perlu dilakukan bila menghadapi bencana..
Polisi menghadapi bencana perlu lekat di hati setiap penghuni bumi malaysia.
Mengambil contoh semasa di Jepun, kita sebagai foreign student pun tahu polisi menghadapi gempa/banjir ..
Gegar sikit cari kawasan lapang ..kalo x sempat keluar ,masuk bawah meja ..langkah awal paling ringkas yg semua peringkat maklum. Sambil mendengar pengumuman kenderaan bersiren yg masuk ke setiap lorong utk bersedia dgn langkah perlu seterusnya kerana bencana "DIJANGKA" tiba sedikit masa lagi. Semua tv channel akan mengeluarkan amaran kaw yg "dijangka" ditimpa bencana dan melapor secara live dari masa ke semasa .semua kenderaan awam juga terlibat mengumumkan..cepat2 stok bekalan makanan dan keperluan jika perlu...ni semua ikut pengalaman yg saya lalui .pernah saya baru turun bas dari rumah (kashihama-kyushu) ke sekolah (hakozaki-kyushu) ..tahun 93 kalo x silap, pemandu bas mengumumkan perintah berkurung telah berkuatkuasa kerana taifoo hampir dan dijangka tsunami kecil melanda di kawasan rumah sewa.saya di minta balik ke rumah serta merta yg terletak hampir dgn pantai..semasa tiba , air telah naik separa lutut ..payung saya patah dan terbang dipukul angin kuat.. Alhamdulillah saya selamat tiba dan berkurung di rumah tanpa sebarang kesulitan ..saya yg cuma warganegara luar pun maklum apa langkah yg perlu diambil dan itu cuma bencana alam yg kecil.
Benar kita semua hanya mampu merancang.Perancangan yg rapi jika tidak 100% menyelamat, pasti mampu meminimumkan tahap kerosakan pada manusia dan harta benda dari bencana yg dihadapi.
Membina jati diri warganegara juga satu tanggungjawab berat pemerintah. Pemerintah jepun mampu menanamkan nilai2 murni pada setiap lapisan masyarakatnya.Sikap tanggungjawab ,ikhlas dan sukarelawan sejati sangat2 perlu dikala menguruskan bencana.
Hati saya perit bila mendengar ADA pihak2 yg dipertanggungjawab mengagih bantuan terkumpul umpama menikmati durian runtuh , gigih memilih barangan percuma utk diri sendiri.Malah ada yg dihalau oleh AJK pusat pengumpulan bantuan bila cuba membantu mengagih bantuan?
Cerita begini kerap muncul setiap kali Msia dilanda bencana..jika tiada angin , masakan pokok bergoyang ..di dunia tanpa sempadan , Ayat-ayat indah atas kertas dan disampaikan dengan penuh tertib ilmu , adakalanya tidak mampu menutup cerita benar yg disampai rakan dan sanak saudara secara live ...tiba2 teringat pula tentang Tabung Bencana yg pernah diwujudkan masa tsunami melanda Acheh dulu..yg katanya ,bakinya akan diguna utk rakyat kita juga.##Ada kot kegunaannya kali ni ## ..ntah lah,kita memang sentiasa kekurangan maklumat kot.."sama mcm ahli parlimen tu gak".. Bgmana ramai yg tak tahu ada persediaan menghadapi bencana yg begini hebat ?
Bercakap pula tentang apa yg ada depan mata,saya kagum atas usaha rakan2 saya yg mengumpul bantuan dari sekitar kami di sini (selangor)dan secara lansung ke tempat terlibat utk menghulur bantuan tanpa membawa apa-apa "nama" . Saya percaya, ratusan kumpulan begini wujud.
Pada pendapat saya,Usaha2 ni adalah langkah "kedua " ..iaitu apabila bencana telah berlaku .
Langkah pertama adalah polisi menghadapi bencana dan tetap menjadi tanggugjawab pemerintah yg menguruskan negara dan mempunyai jabatan2 yg berkepakaran membuat ramalan awal bencana . Bukan sekadar membuat polisi tapi mendidik rakyat dengan polisi-polisi ini . Rakyat tidak mungkin menolak jika segalanya dilakukan dengan telus dan konsisten …owh , pastinya ada hati terguris lagi bila dikata begini namun sekali lagi , salahkah rakyat menyuarakan isi hati nya?
>>komen rakyat terhadap kerajaan pemerintah tidak semestinya bermakna komen itu datang dari parti pembangkang..harap maklum <<
1 comment:
ramai gelar saya 'BODOH' bila saya postkan di group saya on post on how Govt in Japan, Thailand & Malaysia prepare for mangsa banjir.. saya cuma Share dan harap pihak berwajib buka mata untuk improve action plan utk rakyat kita yang jadi mangsa bencana.. no offence.. kecik hati saya, saya doakan orang yang panggil saya Bodoh tu buka hati dia satu hari nanti untuk jadi lebih baik....
Post a Comment