Wah! sudah makan tahun rupanya tidak menjengah blog ini.
Terasa mahu aktif berblog semula . Mahu merakamkan hari-hari yang meninggalkan kesan dalam kehidupan seharian saya dan merakamkan idea-idea yang melintas dalam fikiran .
Hari ini cuaca cerah selepas hujan lebat petang semalam . Tiada rasa mahu ke ofis . Hari ini hanya bekerja dari rumah . Jika di rumah , saya uruskan perniagaan berselang - seli dengan kerja kerja rutin seorang surirumah sepenuh masa. Beginilah tanpa pembantu . Perlu uruskan masa sebaiknya.
Awal pagi , setelah kakak Hanna dan abang mamat ke sekolah dan suami ke tempat kerja , saya gunakan sejam dua untuk menguruskan rumput-rumput di halaman yang mula meliar sementara zikry , anak kecil yang berusia 6 tahun belum bangun dari tidurnya . Sempat juga mengalih pokok ros ke dalam pasu yang lebih besar . Moga ros dari Cameron Highland ni mampu menyesuaikan diri dengan cuaca panas di tanah rendah.
tiba-tiba di sergah dari belakang , " mak ! kenapa tak tunggu adik bangun ? adik nak tolong mak kan ! "
opps !!
No comments:
Post a Comment